1.6 C
New York
Friday, December 20, 2024

Lori treler dipandu lawan arus, pemandu ditahan polis

[ad_1]

Rasa macam nak gugur jantung tengok video di atas ini. Pada pagi 8 November lalu, pengguna Fb Calvin Shung sedang memandu di Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Papar, Sabah apabila dia terserempak dengan sebuah lori treler meluncur laju ke arahnya di selekoh, yang melawan arus di laluan sehala dengan dua lorong itu.

Nasib baik, dia (serta van di hadapannya) sempat mengelak ke tepi bagi mengelak daripada bertembung dengan lori treler terbabit. Cukup mengerikan kalau membayangkan bahaya yang menanti sekiranya berlaku pertembungan dan pelanggaran.

Semalam Shung berkongsi rakaman video terbabit di laman Fb, dan tag sekali Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis. Hari ini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Papar berkongsikan berita di Fb bahawa pemandu lori treler tersebut telah pun dijumpai dan ditahan.

Bukan sekali dua insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan dipandu melawan arus, dah banyak kali perkara sebegini dilaporkan. Namun jika ia melibatkan kenderaan berat termasuk lori treler sebegini, ia mampu mengundang bahaya yang lebih teruk malah lebih mengerikan sekiranya terlibat dengan kemalangan. Sudahlah melawan arus, kenderaan dipandu laju pulak tu.

Itu sebabnya penting adanya dashcam atau kamera pemuka di dalam kenderaan, kerana ia boleh dijadikan bahan bukti sekiranya berlaku kejadian sebegini. Menerusi rakaman tersebut, nombor plat pendaftaran lori terbabit turut jelas kelihatan, membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih pantas. Apa pun, tolonglah terus memandu berhati-hati, fokus dan amalkan pemanduan berhemah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



[ad_2]

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles